Pengikut Blog

18 Ogo 2011

Ramadan Muncul Lagi


Alhamdulilah syukur ke hadirat illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat lagi aku posting dalam blog ini.

Nampaknya sudah masuk hari ke-18 kita menyambut Ramadan al-Mubarak. Insyallah tinggal beberapa minggu lagi kita akan mengakhiri bulan yang penuh berkat ini dan penuh dengan pahala. Namun aku merasa sedikit sedih kerana bulan ini bakal berakhir tidak lama lagi. Aku memang menginginkan bulan Ramadan yang penuh bermakna ini. Dalam bulan Ramadan inilah mengajar aku erti kesabaran , kebaikan , sedekah dan banyak lagi. Kesabaran memang penting dalam bulan ini kerana walaupun syaitan telahpun diikat oleh Allah swt namun , kita masih bergelora dengan nafus yang membuak2 ketika bulan Ramadan ini. Alhamdulilah kalu anda dapat melawan nafsu tersebut memang anda seorang yang hebat menjadi pahlwan diri anda dapat melawan nafsu sama ada dari segi membeli makanan , mahupun lain-lain lagi.

Bulan Ramadan juga dikatakan bulan yang penuh rezeki bagi yang kurang berkemampuan. Ini kerana bulan inilah ramai yang mengadakan majlis berbuka puasa dan majlis makan di sesebuah hotel mahupun tempat-tempat lain. Hal ini dapat menunjukkan bahawa walaupun kurang berkemampuan namun ada ramai lagi yang mahu berkongsi kebahagiaan dan keberkatan Ramadan bersama-sama orang lain.

Oleh itu, kita hayatilah dan fahamilah dengan sebaik2nya bulan Ramadan ini. agar kita mendapat pahala dan ganjaran yang banyak semasa melakukan ibadat dalam bulan yang penuh berkat ini.Insyallah semoga Allah menerima apa sahaja doa dan juga permintaan kita dalam bulan ini dan kita hendaklah sentiasa mentaati perintah Nya dan juga menjauhi laranganNya

sekian ,terima kasih

2 ulasan:

  1. bulan penuh keberkatan. harap-harap dapat merasainya lgi tahun depan.

    BalasPadam
  2. hana : yeap..bulan yang penuh keberkatan..insyallah..sekiranya diizinkan Allah SWT kita akan merasai lagi kemeriahan dan keberkatan bulan ramadan ini tahun hadapan :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters