Pengikut Blog

18 Ogo 2011

Solat Terawih & Ganjarannya


Alhamdulilah hari ni aku posting pasal solat terawih, Sebenarnya solat terawih ni bukan ada setiap bulan dan ia adalah solat yang istimewa dalam bulan Ramadan al-Mubarak. Banyak ganjaran yang bakal diperolehi kalau kita menunaikan solat ini setiap waktu malam dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Solat terawih selalunya dilakukan selepas solat Isyak. dan berakhir dalam pukul 10mlm. Tetapi ia bergantung kepada sesebuah tempat dimana ada yang imam mengetuai solat terawih yang membaca surah al-quran yang panjang dan ia mengambil masa yang lama untuk siap. Tapi bagi aku itu tidak penting , yang penting walaupun lambat asalkan kita sentiasa ikhlas dalam menunaikan solat terawih yang ada dalam bulan ramadan ini.

setiap malam solat Terawih, Allah SWT sentiasa menjanjikan penuh dengan ganjaran yang begitu besar sekali. Namun kita haruslah sentiasa menunaikan dengan penuh ikhlas ya. Bagi saya solat terawih pada minggu pertama memang agak penuh di sesebuah masjid. Namun apabila masuk jer minggu ketiga bilangan saf untuk solat terawih sudahpun makin berkurang dan masing-masing sibuk untuk menguruskan persiapan hari raya. Ia berlaku setiap tahun . Dan selalunya kaum Hawa yang nampak ketara dalam hal ini kerana kaum Hawa ini lah yang sibuk menguruskan persiapan hari Raya . Ada yang sibuk menguruskan persiapan raya seperti menyiapkan tempahan dari segi baju raya , kuih raya dan banyak lagi. Tidak salah kita untuk menyiapkan itu , namun jika kita masih berkesempatan untuk menunaikan solat terawih ini pergilah , mana tahu solat terawih ini kita buat kali yang terakhir . Saya tahu ajal maut jodoh semua ditangan Allah SWT . Dan kita hendaklah sentiasa bersedia menanti alam kematian kita :)

bercakap pasal ganjaran untuk solat terawih , Allah SWT telahpun memberikan ganjaran kepada yang menunaikan solat terawih dengan penuh ikhlas dan sempurna setiap malam. Ada yang solat terawih hanya beberapa rakaat terutama bagi yang suka lepak kedai kopi or lain-lain . Mereka rasa , hanya cukup beberapa rakaat sahaja sudah pun sempurna untuk solat terawih setiap malam bulan tersebut. Oleh itu , kita haruslah melakukan solat terawih ini dengan sempurna ya.

inilah ganjaran yang bakal diterima oleh umat Islam jikalau dapat menunaikan solat terawih dengan sempurna dan baik sekali ::

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
• Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
• Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
• Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
• Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
• Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
• Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
• Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
• Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
• Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
• Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
• Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
• Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
• Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
• Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
• Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
• Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
• Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
• Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
• Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
• Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
• Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
• Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
• Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
• Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
• Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
• Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
• Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
• Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
• Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
• Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

alhamdulilah begitu besar sekali setiap ganjaran yang diberikan oleh Allah SWT untuk setiap umat Islam yang mengerjakan solat terawih dengan sempurna sekali..Insyallah harap kita dapat melakukan solat terawih dengan baik seklai disetiap tempat :)

okeylah , sampai disini saya mencoret pasal solat terawih dan ganjarannya. nanti ada masa saya akan posting lagi yer..terima kasih buat semua yang melayari dan membaca update posting saya. saya ucapkan thanks yer... :) teruskan menyokong blog saya ini yea :)

sekian,terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters