Pengikut Blog

14 Mac 2012

Bengkel Vokal bersama Cikgu Syafi AF

comelkan Cikgu Syafi senyum..siap bertudung lagi :)
Alhamdulilah , akhirnya selesai juga bengkel vokal bersama Cikgu Syafi iaitu salah seorang tenaga pengajar AF yang dikenali ramai. Hari Sabtu lepas telah pun berlangsung satu bengkel vokal bersama Cikgu Syafi di mana dalam bengkel tersebut diajar bagaimana teknik dan cara menyanyi dengan betul. Alhamdulilah seramai 278 orang telah pun menyertai bengkel tersebut dan ad juga penyertaan daripada luar seperti sekolah menengah dari SMK Bukit Payung , peserta luar , dan tak lupa juga mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMaP) dan juga mahasiswa yg terdiri daripada UUM sendiri.

Bengkel tersebut berjalan dengan lancar dan begitu baik sekali. Bengkel tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 6.30 petang. Ia berlansung di Dewan Semarak Budi , DPP Tradewind ,Universiti Utara Malaysia . Dalam bengkel tersebut ia mempunyai tiga slot dalam bengkel tersebut.

Ia telah pun dikendalikan dengan begitu baik sekali oleh Cikgu Syafi dan tak lupa juga ajk-ajk yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Bengkel Vokal tersebut. Pada hari tersebut memang amat sibuk sekali di mana perlu urus keadaan peserta , makanan , kerusi dan sebagainya . Namun kami berjaya menyelesaikan dengan begitu baik sekali.

Alhamdulilah dengan tenaga daripada AJK-AJK bengkel ini ia dapat melancarkan lagi program tersebut. Bengekl tersebut memberikan banyak faedah kepada yang mana ingin menceburi dalam bidang nyanyian dan juga menyanyi dengan betul. Amat lucu jugak , di mana ada peserta yang menyanyi dengan pelbagai lagu dan gaya masing-masing.

Bengkel tersebut berakhir pada pukul 6.30 petang.Ternyata ramai peserta amat berpuas hati dengan bengkel tersebut dan mendapat input yang berguna sekali.

 pesanandarimulut :: seronok dpt pengalaman baru.. ^__^

10 Mac 2012

Cikgu Syafi AF ???

nantikan update pasal Bengkel Vokal Cikgu Syafi AF....sabar noh..hahahaha

pesanandaritikus :: memang sopan dan ayu cikgu Syafi AF skrg..lain dri yg laen ^__^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters