Pengikut Blog

19 Ogo 2011

Astro - 5 Saluran Baru Sempena Raya 2011


Astro mengambil insiatif dengan menerbitkan 5 saluran baru sempena Hari Raya pada tahun ini. Pelbagai saluran baru dan program menarik yang akan disiarkan di saluran tersebut khusus bagi semua pelanggan Astro.Sempena musim perayaan ini, Astro meneruskan tradisi dalam membekalkan pelbagai pilihan yang lebih bernilai dengan menawarkan lima buah saluran baru lagi untuk dinikmati oleh para pelanggan. Lima buah saluran baru tersebut termasuklah dua buah saluran raya iaitu
  • Raya HD (Saluran 188)
  • Astro Fiesta (Saluran 100)
serta tiga buah saluran dalam siaran definisi tinggi yang boleh didapati menerusi Astro B.yond iaitu
  • Sundance HD (Saluran 438),
  • Discovery HD World (Saluran 571)
  • Astro SuperSport HD2 (Saluran 833).
Pelbagai program menarik yang bakal disiarkan di saluran Raya HD (Saluran 188) iaitu bermula pada Hari Raya yang pertama sehingga 9 September 2011, rakyat Malaysia berpeluang untuk menonton himpunan filem-filem tempatan terbaik, konsert dan drama bersiri yang mana antaranya termasuklah

Waktu Terjadinya Lailatul Qadar


Para ulama berselisih pendapat tentang saat atau waktu terjadinya Lailatul Qadar sebenarnya. Akan tetapi sebagian besar para ulama menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu terdapat pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan setiap tahun. Pendapat inilah yang muktamad.

Mutiara Hati : Ikhlas Bersedekah

Sedekah..apa itu sedekah..sedekah itu besar pengertiannya dari segi Islam. Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Arab: صدقة‎) yang bermaksud benar. Makna syara' "sedekah" pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.

18 Ogo 2011

Lagu Raya " Lama or Baru"

Lagu raya memang wajib diputarkan seminggu sebelum raya or selepas raya di setiap corong-corong radio. Ini dapat membangkitkan suasana or mood raya. Apabila kita dengar lagu raya tentu sekali kita berasa bersemangat untuk melakukan persiapan menjelang AidilFitri. Tanpa lagu raya maka agak sunyi dan muram sekali AidilFitri. Banyak lagu raya yang dapat membangkitkan keingin membuak-buak untuk bersemangat untuk habiskan puasa dan merayakan Hari Lebaran setelah hamper sebulan kita berpuasa.

Baju Raya + Gene Martino

GENE MARTINO..sudah tidak asing lagi dalam dunia fesyen terutama baju-baju melayu dan juga baju kurung semasa hari raya AidilFitri mahupun AidilAdha. Gene Martino menjadi pilihan semua rakyat Malaysia yang menggemari fabrik dari Gene Martino. Setiap negeri mempunyai cawangan Gene Martino mustahil bagi yang tinggal di bandar seperti Kuala Lumpur tidak mengenali GENE MARTINO. Selain daripada menyediak satu set pakaian hari raya untuk sebuah family ,Gene Martino juga menyediakan menjual baju batik , seluar , kemeja dan kot yang berkualiti dan hasil import dari luar negara lagi.

Solat Terawih & Ganjarannya


Alhamdulilah hari ni aku posting pasal solat terawih, Sebenarnya solat terawih ni bukan ada setiap bulan dan ia adalah solat yang istimewa dalam bulan Ramadan al-Mubarak. Banyak ganjaran yang bakal diperolehi kalau kita menunaikan solat ini setiap waktu malam dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Solat terawih selalunya dilakukan selepas solat Isyak. dan berakhir dalam pukul 10mlm. Tetapi ia bergantung kepada sesebuah tempat dimana ada yang imam mengetuai solat terawih yang membaca surah al-quran yang panjang dan ia mengambil masa yang lama untuk siap. Tapi bagi aku itu tidak penting , yang penting walaupun lambat asalkan kita sentiasa ikhlas dalam menunaikan solat terawih yang ada dalam bulan ramadan ini.

Ramadan Muncul Lagi


Alhamdulilah syukur ke hadirat illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat lagi aku posting dalam blog ini.

Salam Sekapur Sireh

Assalamualaikum wtb dan Salam Sejahtera

apa khabar semua,hopley semua-semua sihat..Alhamdulilah,syukur dipanjatkan ke hadirat illahi kerana limpah dan kurniaNya dapat lagi saya buat blog kedua official iaitu BloG ApiH.Blog yang pertama ialah MyAPIH. Blog tersebut merupakan blog rasmi saya dan ini pula blog yang akan menjadi blog kedua rasmi saya.

saya akan posting sama ada blog pertama saya ataupun blog ini. oleh hal yang demikian , sya nak awak semua teruskan menyokong blog ini dan blog pertama saya :)

sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih yang sudi menlekat dalam blog ini dan menjadi follower.terima kasih banyak-banyak :)

sekian,terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters