Pengikut Blog

19 Ogo 2011

Waktu Terjadinya Lailatul Qadar


Para ulama berselisih pendapat tentang saat atau waktu terjadinya Lailatul Qadar sebenarnya. Akan tetapi sebagian besar para ulama menyatakan bahawa Lailatul Qadar itu terdapat pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan setiap tahun. Pendapat inilah yang muktamad.

Berkenaan dengan tarikh sebenar jatuhnya malam Lailatul Qadar itu berbeda pula pendapat para ulama. Ada yang menyatakan 1 Ramadhan, 17 Ramadhan, akan tetapi pendapat yang paling banyak adalah pada malam ganjil seperti pada 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.

Umumnya para sahabat mengatakan pada 27 Ramadhan. Yazid Al-Busthami menegaskan, bahawa ia telah menemui Lailatul Qadar itu sebanyak 2 kali seumur hidupnya, kedua-duanya berlaku pada tanggal 27 Ramadhan.

Ulama yang lain pula berpendapat, bahwa huruf Lailatul Qadar itu dalam bahasa Arab yang dijumlahkan dengan angka 9. Sedangkan Allah menyebutkan kata-kata “Lailatul Qadar” itu di dalam Al-Quran sebanyak 3 kali, iaitu di dalam surah Al-Qadar, ternyatalah apabila dihitung dan dinisbahkan, LailatulQadar itu jatuhnya pada malam 9 x 3= 27 Ramadhan ( 27= 2+7= 9).

Kerana tidak adanya keterangan yang pasti tentang kapan terjadinya Lailatul Qadar itu, maka sebaiknyalah kita menghabiskan waktu dengan beribadah dengan bersungguh-sungguh pada setiap malam bermulanya malam yang ke 20 dan seterusnya.

Tidaklah sulit apabila kita menghabiskan masa sebanyak 10 atau 11 malam beribadah dengan tawaduk, jika dibandingkan dengan pahala yang sangat besar dan tak ternilai serta sangat-sangat bermakna dan juga kebaikan yang bakal diterima.

Sekadar tambahan untuk mengetahui waktu terjadinya Lailatul Qadar coba kita perhatikan faedah Imam Al-Ghazali dalam menentukan kepastian Lailatuln Qadar. Beliau menggunakan cara memperhatikan hari-hari dari permulaan Ramadhan, kesimpulan dan faedahnya;
  • Jika puasa bermula pada hari Ahad, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 29.
  • Jika puasa bermula pada hari Isnin, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21.
  • Jika puasa bermula pada hari Selasa, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 24.
  • Jika puasa bermula pada hari Rabu, maka Lailatl Qadar jatuh pada malam 20.
  • Jika puasa bermula pada hari Khamis, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 25.
  • Jika puasa bermula pada hari Jumaat, maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 19.
  • Jika puasa bermula pada hari Sabtu, maka Lailtul Qadar jatuh pada malam 23.
Semoga kita semua mendapat manfaat bersama dan lakukanlah shalat malam di bulan ramadhan agar kita mendapat isyarat atau tanda – tanda Lailatul Qadar dengan sabar dan tenang…insya Allah

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters