Pengikut Blog

18 Ogo 2011

Lagu Raya " Lama or Baru"

Lagu raya memang wajib diputarkan seminggu sebelum raya or selepas raya di setiap corong-corong radio. Ini dapat membangkitkan suasana or mood raya. Apabila kita dengar lagu raya tentu sekali kita berasa bersemangat untuk melakukan persiapan menjelang AidilFitri. Tanpa lagu raya maka agak sunyi dan muram sekali AidilFitri. Banyak lagu raya yang dapat membangkitkan keingin membuak-buak untuk bersemangat untuk habiskan puasa dan merayakan Hari Lebaran setelah hamper sebulan kita berpuasa.

Selain radio , pasaraya juga sedang sibuk memutarkan lagu raya untuk menarik lagi orang ramai membeli belah. Baru rasa ada feeling untuk membeli belah ketika menjelang AidilFitri nanti. Banyak pasaraya besar sudahpun memutarkan lagu raya lama atau lagu raya baru. Bagi aku best kot sebab suasana bertambah seronok dengan dengar lagu raya time membeli belah.

Sekarang sudah banyak lagu raya diputarkan disetiap corong-corong radio menjelang sambutan Lebaran nanti. Bercakap pasal lagu raya , yelah kalau tiada lagu lama masakan ada lagu baru. Sekarang sudah banyak lagu raya yang baru diterbitkan . Namun bagi aku walaupun ada lagu raya yang baru , namun keseronokan untuk mendengar lagu raya maybe pada lagu raya yang lama. Sebagai contoh lagu raya yang memang popular suatu ketika dahulu dan sampai sekarang adalah Balik Kampung , Selamat Hari Raya , Dendang Perantau , Pulanglah dan banyak lagi.

Lagu raya yang lama ini mengamitkan nostalgia untuk meraikan AidilFitri nanti. Mungkin dari segi composer terhadap lagu itu membuatkan kita tidak jemu untuk mendengar lagu tersebut . Mungkin tanpa lagu raya itu maybe tidak meriah kot untuk raya. Itu hanya pandangan saya sahaja. Mungkin anda ada alas an tersendiri. Bagi aku juga lirik yang agak sempoi dan senang nak ingat itulah yang membuatkan ramai suka lagu lama..

Bagi aku lagu raya yang lama aku minat adalah lagu Seloka Hari Raya, Suasana Hari Raya dan Bila Takbir Bergema . Ketiga-tiga lagu tersebut memang favourite aku biler menjadi AidilFitri. Lagu ini wajib ada dalam telefon aku dan siap buat ringtone lagi :)

Bercakap pasal lagu raya yang baru pula , mungkin bagi aku hanya sesetengah je kot yang best seperti lagu raya daripada Dato Siti Nurhaliza, kebanyakan lagu raya baru Dato Siti agak popular kerana lagu tersebut kena jiwa untuk beraya kot seperti lagu Anugerah AidilFitri , Bila Hari Raya Menjelma , Mekar di Hari Raya dan banyak lagi. Aku pun minat jugak dengar lagu Siti tu. Lagipun aku suka Dato Siti nih..walaupun tidak sedap menyanyi aku terpaksa cakap sedap kerana she is my favourite singer :0

Mungkin arrange muzik dulu dan sekarang sudahpun berbeza , maka ada la tambah tambah lagu baru tuk lagu raya.Komposer sekarang sudah pun ramai dan banyak idea-idea yang bernas untuk terbitkan lagu raya yang baru.

Sekarang sudah banyak dah lagu raya yang lama dimodenkan untuk kesesuaian zaman kot. Maklumlah zaman sudah pun maju dan lagu pun kena baru.

Okeylah terpulang kepada anda semua untuk menilai lagu raya. Sama ada lagu raya lama or baru menjadi pilihan anda masa kini. Saya pilih lagu raya yang lama :)

Akhir kata dari saya , teruskan melayari blog ini yer..terima kasih banyak-banyak kepada pelawat blog ini.

Sekian.

:: p/s :: bagi aku semua aku minat lagu raya tak kira la lagu raya lama or baru..tetapi yang memang kena jiwa aku maybe lagu raya yang lama kot..sebab muzik dye best..seronok nak dgr..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters